Sila Pilih Kad MTC'S Greeting Cards
Kad Penerangan Kad

Damai Laut Golf & Country Merupakan hasil kerja Ronald Fream yang terkenal didunia dan terletak di Lumut, Perak. Kelab ini menjadikan selat melaka sebahagian dari rekaannya termasuk air didalam 6,225 meter laluan 18 lubang.

Putra Perdana Bangunan ini merupakan Pejabat Perdana Menteri. Kompleks tersebut tersergam indah setinggi 50 meter dari aras air dan rekabentuknya adalah inspirasi dari seni islam dan mogul. Bangunan ini dibuka kepada orang awam dari Isnin hinga Jumaat.

Bot Persiaran Belimbing merupakan bot persiran yang sepenuhnya berhawa dingin dimana tempat duduknya selesa dapat memuatkan 76 orang dan membolehkan penumpang tidak lekang dari menikmati pemandangan tasik.

Ketika ini, KLCC merupakan menara berkembar tertinggi didunia dengan ketinggian 88 tingkat. Menara berkembar petronas tinggi melangit setinggi 425 meter diatas paras langit.

Taman tunku abdul rahman terletak antara 3 hingga 8 km dari kota kinabalu. Mempunyai 5 pulau yang mengelilinginya. Ia melingkungi kawasan sebesar 4,929 hektar. 2 pertiga adalah laut.

Pantai cenang merupakan pantai yang terkenal di Langkawi. Pantai ini mempunyai pasir pantai yang putih dan bersih juga tidak melekit. Pinggir pantai dipenuhi dengan pokok kelapa dan pokok casuarinas. Ia juga mempunyai beberapa resort dan chalet.

Stadthuys terletak di Bandar Melaka. Dataran Belanda terkenal dengan bangunan bercat merah. Ia banyak memaparkan keunikan ketukangan dan senibina Belanda. Stadthuys, di dataran belanda yang biasanya terdapat menara jam.