Selepas
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos,
1957 bangunan ini turut terlibat memainkan peranan
untuk mengisi keperluan-keperluan negara yang sudah
Merdeka. Kerana Kerajaan yang memerintah memerlukan
ruang-ruang baru untuk jabatan-jabatan yang diwujudkan
dan mesyuarat-mesyuarat peringkat antarabangsa yang
akan diadakan, tindakan-tindakan telah diambil untuk
mengubahsuai bangunan ini sebagai ruang pejabat
dan tempat mesyuarat.
Antara langkah awal ke arah ini yang telah diambil
ialah memindahkan Markas Tentera Persekutuan dari
bangunan ini ke tempat barunya di Sungai Udang Melaka
dalam tahun 1958.
|
| |
|
| |
 |
| |
Dewan
Tunku Abdul Rahman semasa didiami Balai Seni Lukis Negara
|
|
| |
|
|
Usaha juga turut dibuat untuk
membina sebuah dewan yang menghubungi bangunan
ini bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan
dan antarabangsa serta acara-acara rasmi yang
lain. Jabatan Kerja Raya telah diberikan tanggungjawab
melaksanakan pembinaan projek ini dan mereka telah
ditugaskan untuk merancang dan menyediakan pelan
bagi dewan ini terdiri daripada dua arkitek Jabatan
tersebut iaitu Encik Dinsdale dan En. Shipley
serta En. Jewkes, Timbalan Pengarahnya. Kos pembinaan
Dewan ini menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit.
|
| |
|
| |
 |
| |
Perasmian
Persidangan Parlimen Pertama Persekutuan
Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan
Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman
ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Dewan Tunku
Abdul Rahman pada 12 September, 1959
|
|
| |
Dewan
ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T.M.
Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Februari
1958. Dewan ini diberi nama Dewan Tunku Abdul
Rahman sempena nama beliau.
Serentak dengan perasmian Dewan ini telah
dilangsungkan Persidangan Jawatankuasa Bangsa-bangsa
Bersatu bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan
Timur Jauh (ECAFE) yang merupakan persidangan
antarabangsa pertama diadakan di dewan ini.
Selepas perasmian Dewan ini, bangunan tersebut
telah dikenali sebagai Dewan Tunku Abdul Rahman
untuk beberapa dekad. |
| |
|
| |
|
Semenjak
merdeka, bangunan ini telah menempatkan beberapa
agensi Kerajaan silih berganti. Yang paling lama
mendiami bangunan ini ialah Balai Seni Lukis Negara
iaitu daripada tahun 1958 hingga 1984. Balai ini
telah dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra
pada 27 Ogos 1958.
Balai
Seni Lukis Negara telah berpindah ke bangunan
barunya iaitu bekas Bangunan Hotel Majestic di
Jalan Sultan Hishamuddin yang telah diubahsuai
pada 21 Mei 1984.
Pejabat
Rekod Awam yang kemudiannya dikenali sebagai Arkib
Negara pernah menggunakan sebahagian daripada
Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman ini sebagai
ruang pejabatnya selama setahun mulai tarikh penubuhannya
pada 1 Disember 1957. Pejabat Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja melayu juga pernah ditempatkan
di sini pernah dijadikan sebagai Pejabat Kadi
Wilayah Persekutuan antara 1974-1979.
|
| |
|
|
Semenjak menjadi tuan rumah persidangan
peringkat antarabangsa pertama dalam tahun 1958,
banyak peristiwa penting dan bersejarah bagi negara
telah dijalankan di bangunan ini. Antaranya ialah
pembukaan rasmi persidangan Pertama Persekutuan
Tanah Melayu oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong
Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum
Tuanku Muhammad pada 12 September 1959. Seramai
104 orang ahli Parlimen yang dipilih dalam pilihanraya
yang diadakan pada 19 Ogos 1959 telah hadir di
persidangan ini. Semenjak tarikh itu. Parlimen
Persekutuan telah wujud dengan rasminya sebagai
lambang demokrasi yang menjadi amalan hidup rakyat
negara ini.
|
| |
 |
| |
Pertabalan
Yang di-Pertuan Agong Ketiga D.Y.M.M Tuanku
Syed Hassan Jamallulail, di Bangunan Dewan
Tunku Abdul Rahman pada 4 Januari 1961
|
|
| |
|
|
Selain itu, Dewan ini juga pernah
dijadikan Balairong Seri untuk pertabalan Duli-duli
Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong Malaysia yang
dilangsungkan dengan penuh adat istiadat. Duli-duli
Yang Maha Mulia tersebut terdiri daripada Tuanku
Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamallulail
yang ditabalkan sebagi Yang di-Pertuan Agong Ketiga
pada 4 Januari 1961; Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin
Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin sebagai
Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 11 April 1966;
Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum
Sultan Badli Shah yang ditabalkan sebagai Yang
di-Pertuan Agong Kelima pada 20 Februari 1971
dan Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum
Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan
Agong Keenam pada 28 Februari 1976.
|
| |