| |
 |
| |
Gambar
lama bangunan MTC semasa dikenali
sebagai Dewan Tunku Abdul Rahman
|
|
|
|
Bangunan ini asalnya tidaklah
sebesar yang terdapat sekarang. Bangunan ini telah
ditokok tambah beberapa kali seperti yang kelihatan
hari ini. Bangunan asal telah dibina dalam tahun
1935 oleh Encik Eu Tong Sen seorang pelombong
dan pengusaha ladang getah yang terkenal dan kaya
di Kuala Lumpur ketika itu untuk kegunaan dan
kediaman keluarganya.
Bangunan ini dibina di atas tanah seluas 2.6 hektar
yang dahulunya adalah bekas kebun rambutan. Bangunan
ini telah dibina oleh tukang-tukang yang mahir
dalam selok-belok pertukangan dan pembinaan.
|
| |
| |
|
Mereka
ini dikenali sebagai "Master Builders"
dan kepandaian pertukangan yang ada pada mereka
adalah hasil pengalaman praktikal mereka yang lama
dalam bidang tersebut.
Bangunan ini seperti juga kebanyakan bangunan
persendirian ketika itu tidak menggunakan khidmat
seorang arkitek yang terlatih. Pada masa itu hanya
terdapat pegawai-pegawai Inggeris dalam perkhidmatan
kerajaan sahaja yang terlibat dalam pembinaan
bangunan-bangunan kerajaan.
|
| |
|
| |
|
| |
|
|
Semasa meletus Perang
Dunia Kedua dan sebaik saja tentera Jepun
mendarat di Malaya, bangunan ini telah
diambilalih oleh Pentadbiran Inggeris
untuk dijadikan markas tentera mereka
di Kuala Lumpur. Apabila pihak Jepun menguasai
Kuala Lumpur, mereka telah mengambilalih
bangunan ini dan menjadikannya juga sebagai
markas tentera Jepun pula.
Apabila Jepun tewas dalam tahun 1945,
bangunan ini bertukar tangan semula kepada
pihak berkuasa Inggeris, yang menjadikannya
markas gerisen tentera mereka di Kuala
Lumpur sehingga 1956. Dalam tempoh ini
iaitu pada 24 Februari, 1948 telah berlangsung
satu peristiwa bersejarah di bangunan
ini iaitu Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan
Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
|
|
|
| |
 |
| |
Kehadiran
perwakilan di luar bangunan Dewan Tunku
Abdul Rahman semasa perasmian Parlimen oleh
DYMM Yang Di Pertuan Agong, 12 September
1959
|
|
| |
| |
|
Semasa Persekutuan Tanah Melayu
sedang giat berusaha melengkapkan diri menjelang
Kemerdekaan, bangunan ini turut terlibat memainkan
peranannya. Bangunan ini telah dipilih sebagai
markas Tentera Persekutuan yang bertangguangjawab
ke atas penubuhan dan pembangunan satu angkatan
tentera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Pada 15 Julai, 1956 bangunan ini dengan rasminya
telah dijadikan Markas Tentera Persekutuan dan
orang yang melakukan perasmian ini adalah Major
Jeneral F.H Brooks seorang pegawai Inggeris yang
telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera
Persekutuan. Beberapa mesyuarat penting yang berkaitan
dengan dasar awal ketenteraan negara telah diadakan
di bangunan ini semasa ia menjadi Markas Tentera
Persekutuan.
|
| |