Tahun
 
Peristiwa
 
24 Feb 1948

Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.

15 Julai 1956

Perasmian bangunan sebagai Markas Tentera Penjajah Inggeris di Tanah Melayu oleh Mejar Jeneral F.H. Brooks, Panglima Angkatan Tentera Persekutuan.

1957

Jabatan Kerja Raya membina sebuah dewan bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelan dewan telah direka oleh En. Dinsdale, Arkitek JKR dan En. Jewkes, Timbalannya. Pembinaan bangunan tersebut menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit.

24 Februari 1958

Dewan ini telah dibuka dan dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan dinamakan Dewan Tunku Abdul Rahman serentak dengan perasmian dewan ini telah dilangsungkan satu Persidangan Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh.
 

27 Ogos 1958

Pejabat dan galeri Balai Seni Lukis dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman.

28 November 1958

Majlis Jamuan  Makan Malam Negara untuk meraikan Perdana Menteri Malaysia.

12 September 1959

Persidangan pertama Perlimen Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

25 Januari 1960

Perasmian Persidangan Pesuruhjaya Negeri Jabatan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M   Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

31 Januari 1960

Pelancaran Rasmi Minggu Bahasa Kebangsaan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

4 Januari 1961

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga.

31 Januari 1963

Pelancaran rasmi Televisyen Malaysia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia.

31 Januari 1964

Perasmian Muktamar Islam Sedunia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

15 Januari 1965

Upacara Pelancaran SEACOM (Sistem Kabel Telekom).

11 April 1966

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keempat .

1963-1968

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

11 Julai 1968

Upacara perasmian penubuhan Majlis ARKIB Antarabangsa Cawangan Asia Tenggara (SARBICA) oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

5 Januari 1970

Perasmian Seminar Pembangunan Antarabangsa Kelima oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

20 Februari 1971 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kelima.
5 Disember 1974

Perasmian rasmi Bank Simpanan Nasional oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

28 Februari 1976 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keenam.
20 April 1981

Pelancaran rasmi Amanah Saham Nasional oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia.

8 Jun 1981

Perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah oleh Y.A.B Dato' Seri Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

23 Julai 1983

Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan GERAKAN oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.