Gambar lama bangunan MTC (MATiC) semasa dikenali sebagai Dewan Tunku Abdul Rahman.

     
Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman semasa didiami Balai Seni Lukis Negara.
 
     
 

YB Tun Leong Yew Koh mengangkat sumpah selepas perlantikan beliau sebagai Ketua Senate, 11 September 1959.

     

Y.B. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohd Yasin mengangkat sumpah selepas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Dewan Negara, 11 September 1959.

 
     
 

Kehadiran perwakilan di luar bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman semasa perasmian Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, 12 September 1959.

     

DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke upacara perasmian Persidangan Pertama Parlimen di Dewan Tunku Abdul Rahman, 12 September 1959.

 
     

 

DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong memasuki Dewan Persidangan Pertama Parlimen, 12 September 1959.

     

Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra menyerahkan teks ucapan perasmian kepada Yang Di Pertuan Agong.

 
     
 

Upacara perasmian Persidangan Parlimen Pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman, 12 September 1959.

     

Perasmian Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu oleh Yang Di Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad di Dewan Tunku Abdul Rahman, 12 September 1959.


 
     
 

Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu di Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman, 12 September 1959.

     

Timbalan Yang di Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negara di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 25 November 1959.

Gambar menunjukkan Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman menyerahkan teks ucapan perasmian kepada Timbalan Yang Di Pertuan Agong.

 
     
 

Pemandangan dalam Dewan Parlimen ketika Timbalan Yang Di Pertuan Agong merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negara, 25 November 1959.

     

DYMM Yang Di Pertuan Agong memeriksa Perbarisan Kehormat Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu semasa perasmian Parlimen, 12 September 1959.

 
     
 

DYMM Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis selepas upacara perasmian Persidangan Pertama Parlimen, 12 September 1959.

     

Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ketiga DYMM Tuanku Syed Putra Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamallulail, di Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman pada 4 Januari 1961.

 
     
 

Pelancaran rasmi Televisyen Malaysia oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 28 Disember 1963.

     

Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berucap di upacara perasmian Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 5 Jun 1965. Dari kiri, Encik VT Sambanthan, YAB Tun Abdul Razak, Encik Mohd Khir Johari, Encik Khaw Kai Boh dan Encik Senu Abdul Rahman dan Encik Rahman Yaakub.


 
     
 

Timbalan Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak bin Hussein berucap di upacara penutup Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 7 Jun 1965.

     

Timbalan Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak bin Hussen berucap di upacara penutup Kongres Ekonomi Bumiputra ke-2 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 9 September 1968.