Menjadikan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai One-Stop Centre yang unggul dan berdaya saing untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan pelancongan seperti kaunter penerangan pelancongan, kaunter Polis Pelancong, akses ke laman web pelancongan, tempahan tiket, kemudahan restoran dan pusat kraftangan di samping mengadakan persembahan dan aktiviti kebudayaan.

Mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang disusun oleh Kementerian di MaTiC serta penyebaran maklumat pelancongan negeri-negeri melalui perkhidmatan kaunter pelancongan, akses ke laman web pelancongan, dan paparan di Electronic Board.

Merancang, mengurus dan melaksanakan program serta aktiviti kebudayaan pelancongan menerusi persembahan, pameran, taklimat dan demonstrasi yang diatur bagi menarik pelancong dalam dan luar negara datang ke MaTiC.

Menyediakan ruang dan kemudahan infrastruktur serta bantuan teknikal untuk penggiat seni dan budaya.