Teater

Archive Gallery

Kategori:

Teater Malayalam 'Chakara' ( 8 - 10 Ogos 2008 )
Pementasan Teater Malayalam 'Chakara' telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 8 - 10 Ogos 2008. Teater ini bermula pada pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Pementasan teater ini dianjurkan oleh Kairali Arts Club Kuala Lumpur.
Festival Teater 2008 ( 13 - 19 Julai 2008 )
Festival Teater 2008 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 13 Julai 2008 hingga 19 Julai 2008. Teater ini bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada 11.00 malam. Sebanyak 6 kumpulan (negeri) telah berentap untuk memenangi hadiah. Sarawak dengan Tukang Ensera menang besar, diikuti Selangor (Wajah Lumpur) dan Kedah (Hamlet). Festival Teater ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Persembahan Teater 'JERJAK' ( 21 - 23 Mei 2008 )
Persembahan Teater 'JERJAK' telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman,MaTiC pada 21-23 Mei 2008 bermula pada pukul 8.30pm - 11.00pm. JERJAK merupakan sebuah karya Syahrul Fithri Musa dan diarahkan oleh Fasyali Fadzly Saipul Bahri.JERJAK mengisahkan tentang dua orang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara yang dikenali sebagai Jerjak.
Persembahan teater 'Patung Kertas' ( 25 - 30 April 2008 )
Persembahan teater 'Patung Kertas' telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman pada 25-30 April 2008. Persembahan tersebut bermula pada pukul 8.30malam. Pelakonnya terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Zuhairi Ibrahim, Ashraff Muslim, Along Fariz, Siti Aishah Atan, Ebby Yus dan banyak lagi. Diarahkan oleh Lokman Ghani. Diterbitkan oleh Karya Prima Production Sdn Bhd.
Teater Sambanthan (29 Feb - 4 Mac 2008)
Istana Budaya mempersembahkan Teater Sambanthan telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman,MTC pada 24 Februari hingga 4 Mac. Sambanthan,sebuah pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa dan penghormatan kepada Tun V.T. Sambanthan, rentetan perjuangan masa lalu yang dihidupkan kembali di pentas teater moden hari ini.Dibintangi oleh Mano Maniam, Dato’Jalaluddin Hassan,Dr. Peter Low Meng Tuck dan diarahkan oleh S.T Bala.