| |
| Permainan Gasing (26 - 27 Oktober 2001) |
|
Pertandingan gasing yang diadakan bersempena majlis pelancaran logo baru MTC pada 26 Oktober 2001. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 - 27 Oktober 2001 dan disertai oleh persatuan gasing seluruh Malaysia. Dalam pertandingan ini Persatuan Gasing Wilayah Persekutuan Labuan telah menjadi johan. |
| Konsert Gitar Klasik Betajuk - “Guitar Alive” (13 Ogos 2006) |
| Konsert Gitar Klasik bertajuk “Guitar Alive” telah diadakan di Amphiteater, MTC pada 13 Ogos 2006. Konsert ini bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 12.00 malam. Konsert ini adalah program Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia. |
|
| Persembahan Wayang Kulit (8 Jun 2002) |
|
Wayang Kulit Kedah telah dipersembahkan pada 8 Jun 2002 jam 8.00 malam bertempat di Amphitheatre, MTC oleh Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun dari Kedah sempena Citrawarna 2002. |
| Festival Teater Malaysia – Seni Tradisional (19 – 25 Ogos 2006) |
| Seni Tradisional diadakan di Amphitheatre setiap malam bermula jam 8.00 malam. Diantara Seni Tradisional yang di persembahkan ialah Boria, Cempuling, Makyong, Muzik Asli, Randai dan Ghazal |
|
| Minggu Batik Malaysia (12 – 19 Disember 2004) |
|
Minggu Batik Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 10 Disember 2004 di Pusat Pelancongan Malaysia. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Sempena program tersebut pameran batik telah diadakan di Pusat pelancongan Malaysia dari 12 hingga 19 Disember 2004. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah perarakan fesyen, demonstrasi kraf, bazar batik, Batik Fun Walk dan sebagainya.
|
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia - Batik (21 & 22 Februari 2004) |
| Aktiviti melukis batik oleh Majlis Tindakan Pelancong Negeri Terengganu. Para pengunjung dan pelancong yang berminat diberi peluang untuk mencuba melukis batik pada hari tersebut. |
|
| Kunjungan oleh pelajar sekolah tinggi dari Tokyo, Jepun ke MTC (1 Mac 2005) |
|
Pada 1 Mac 2005, seramai 250 orang pelajar sekolah tinggi dari Tokyo, Jepun yang dalam rangka lawatan sambil belajar ke Malaysia dan Singapura telah mengadakan kunjungan ke MTC. Mereka telah didedahkan dengan seni silat yang dikendalikan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Bakul (1 Mac 2005) |
| Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman. |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Tikar (1 Mac 2005) |
|
Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Ketupat (1 Mac 2005) |
| Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman. |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Mewarna Batik (1 Mac 2005) |
|
Selain itu, pelajar-pelajar ini juga dapat menyaksikan demonstrasi batik yang diadakan dan mereka juga berpeluang belajar mewarna batik. |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun – Demonstrasi Mengukir Kayu (1 Mac 2005) |
| Demonstrasi mengukir kayu juga diadakan |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun – Demonstrasi Mengukir Kayu (1 Mac 2005) |
|
Barangan kraftangan seperti beg tangan, barangan cenderahati dan lain-lain turut dipamerkan kepada pengunjung |
| Persembahan Tarian – “Inside Out” (29 April – 2 Mei 2005 |
| Persembahan tarian bertajuk “Inside Out” telah dipersembahkan pada 29 April hingga 2 Mei 2005, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. Persembahan tarian ini merupakan anjuran Inner Space dan TOFA. |
|
| Persembahan Puisi – “Rebung Puisi” (13 – 16 April 2005) |
|
Persembahan Puisi bertajuk Rebung Puisi telah diadakan pada 13 hingga 16 April 2005 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada jam 8.30 malam. |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Membuat Pasu Tembikar (1 Mac 2005) |
| Demonstrasi membuat pasu dan barangan cenderahati dari seramik juga diadakan. Pelajar-pelajar tersebut juga berpeluang belajar membuat pasu seramik |
|
| Demo Gasing (27 Oktober 2002) |
|
Demo Gasing juga telah diadakan bersempena dengan Sehari Bersama MTC 27 Oktober 2002 dengan kerjasama dari Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
| Tekat (19 Julai 2002) |
| Demonstrasi tekat diadakan sempena 14th ASEAN Congress of Cardiology. Tekat merupakan kerja menyulam benang emas atau perak ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. |
|
| Anyaman Bakul (19 Julai 2002) |
|
Demonstrasi anyaman dari buluh juga diadakan sempena 14th ASEAN Congress of Cardiology pada 19 Julai 2002. Di antara barang yang dianyam adalah seperti bakul, raga, kipas, beg dan lain-lain. |
| Demonstrasi Batik (19 Julai 2002) |
| Demonstrasi batik ini adalah dari negeri Johor dan diadakan sempena 14th ASEAN Congress of Cardiology di MTC pada 19 Julai 2002. Batik merupakan satu kaedah mencetak corak pada kain dengan meletakkan lilin pada bahagian yang tidak diwarnakan. Contohnya kain batik, kain sarung dan lain-lain. |
|
| Pameran Barangan Piuter (19 Julai 2002) |
|
Pameran barangan piuter ini telah diadakan di MTC sempena 14th ASEAN Congress of Cardiology. Piuter merupakan logam yang dibuat daripada campuran timah dengan plumbum atau logam lain. Barang-barang yang dibuat daripada piuter adalah seperti kerongsang, keris, barang-barang perhiasan dan lain-lain. |
| Bengkel Mewarna Batik Untuk Kanak-kanak Tadika (28 April 2005) |
| Bengkel mewarna batik untuk kanak-kanak Tadika telah diadakan pada 28 April 2005 bertempat di Amphitheater MTC. Bengkel ini merupakan anjuran Uniqraft Works dan MTC. |
|
| Pertandingan Melukis Kanak-kanak (27 Oktober 2002) |
|
Pertandingan Melukis Kanak-kanak telah diadakan di Foyer Pejabat MTC sempena Sehari Bersama MTC pada 27 Oktober 2002 (Ahad) bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara. Pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu : *kategori A (6 - 8 tahun)*kategori B (9 - 10 tahun)*kategori C (11 - 12 tahun)Kategori A, B dan C menerima hadiah wang tunai beserta sijil penghargaan iaitu :1 hadiah pertama - RM300.00 + sijil1 hadiah kedua - RM200.00 + sijil1 hadiah ketiga - RM100.00 + sijil10 hadiah saguhati - RM50.00Bagi kategori A, hadiah pertama dimenangi oleh adik Djohan Budimulia, hadiah kedua dimenangi oleh adik Farra Nabila Muhammad dan hadiah ketiga dimenangi oleh adik Tan Pooi Ling. Manakala untuk kategori B, hadiah pertama dimenangi oleh adik Ng Hann Jack ari SJK (C) Yuk Chai, hadiah kedua dimenangi oleh adik Izzat Abdul Jabar dari Darul Hikmah dan adik Yee Win Sheng dari SJK (C) Jinjang Utara memenangi hadiah ketiga. Adik Iain Scott Gray pula memenangi hadiah pertama dalam kategori C, diikuti oleh adik Sarwindah dari SK TTDI Jaya memenangi hadiah kedua dan adik Yong Jing Mei dari SJK (C) Yuk Chai memenangi hadiah ketiga. |
| MTC Arts & Crafts Market (21 - 23 Februari 2003) |
| MTC Arts & Crafts market telah diadakan di MTC pada 21 - 23 Februari 2003 bersempena dengan Persidangan kemuncak NAM K XIII. MTC Arts & Crafts market ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Azmi Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Diantara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah badut belon & persembahan unicyle, persembahan muzik seniman jalanan, persembahan stilt walker, persembahan rubberman, persembahan makan api, pertunjukan silap mata, pertunjukan snake charmer dan lain-lain lagi. |
|
| Persembahan Wayang Kulit - Memanah 40 Pokok Lontar (7 - 11 Mac 2003) |
|
Satu persembahan wayang kulit yang bertajuk Memanah 40 Pokok Lontar telah diadakan di Amphitheatre, MTC pada 7 - 11 Mac 2003 jam 8.30 malam. Ia dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari AKademi Seni Kebangsaan. |
| Pertandingan Melukis dan mewarna Sempena Festival Teater Malaysia 2004 (2 Oktober 2004) |
| Sempena Festival Teater Malaysia (FTM) 22 Sept hingga 3 Oktober 2004, pada 2 Oktober 2004 Pertandingan Melukis dan Mewarna telah diadakan di Amphiteater, Pusat Pelancongan Malaysia. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta. Pertandingan bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 6.00 petang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dan Balai Seni Lukis Negara |
|
| Pertandingan Mewarna Batik (12 Jun 2004) |
|
Pertandingan Mewarna Batik Sempena Bulan Citrawarna Malaysia 2004 telah di adakan di Amphiteater, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 12 Jun 2004. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu 6 hingga 8 tahun, 9 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun dan terbuka untuk pelancong luar negara. Pada hari tersebut juga turut diadakan persembahan pentas, nyanyian, muzik dan tarian. Selain daripada itu persembahan Dikir Barat, Demonstrasi Permainan gasing, Silap Mata & Badut, Demonstrasi Henna dan Demonstrasi Melukis. Acara telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. |
| MTC Arts & Craft Market (1 - 4 Mei 2003) |
| MTC Arts & Craft Market telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 1 hingga 4 Mei 2003 bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Diantara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah jualan barangan seramik, barangan kraf, barangan aksesori wanita, ‘cross-stitch’, manik, pakaian, ‘caricature art’, seni badan Henna, barangan hiasan rumah, badut, ahli silat mata dan pemuzik jalanan. MTC Arts & Craft Market dianjurkan oleh Shopping Malaysia Secretariat. |
|
| Kejohanan Gasing Kebangsaan (6 - 8 September 2002) |
|
Kejohanan Gasing Kebangsaan telah berlangsung pada 6 - 8 September 2002 jam 8.30 pagi - 6.30 petang di Gelanggang Gasing, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 45, 2002. Ia adalah ruang dan gelanggang para pemain gasing untuk terus menyemarakkan lagi permainan tradisi ini agar terus kekal dan terpelihara. |
| Persembahan Ghazal & Pop Hindi (6 September 2007) |
| Persembahan Ghazal dan Pop Hindi telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman pada 6 September 2007 oleh Global Indian Education Sdn Bhd. Konsert nyayian ini telah dijayakan oleh penyanyi dari India. |
|
| Sidang Media 1st Perfect International Convention & Incentive Trip (5 September 2007) |
|
Sidang Akhbar 1st Perfect International Convention & Incentive Trip telah diadakan pada 5 September 2007 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Ir. Donald Lim di Mini Auditorium MTC. 1st Perfect International Convention & Incentive Trip ini akan dijalankan pada 20 hingga 27 September 2007. |
| Pelancaran Kempen Rasa Sayang (4 September 2007) |
| Kempen Rasa Sayang telah dilancarkan oleh Menteri Pelancongan Malaysia pada 4 September 2007 di Mini Auditorium MTC. Kempen ini bertujuan memikat lebih ramai pelancong asing ke negara ini. |
|
| Gotong Royong Sempena 50 tahun Kemerdekaan (18 Ogos 2007) |
|
Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengadakan aktiviti gotong royong sempena 50 tahun Kemerdekaan di Pusat Pelancongan Malaysia. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia. |
| Dialog bersama Menteri Pelancongan Malaysia (20 Julai 2007) |
| Dialog bersama Menteri Pelancongan Malaysia pada 20 Julai 2007 di Pusat Pelancongan Malaysia. Dirasmikan sendiri oleh Dato’ Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansur dan dianjurkan oleh Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia. |
|
| The Rebel Tree Theater (22-26 Ogos 2007) |
|
Teater The Rebel Tree telah dipertontonkan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 22 hingga 26 Ogos 2007. Teater ini telah dipersembahkan oleh KLAP Theaters Art Performers dan diarah oleh JD Menon. Theater ini mengisahkan tentang suatu masa sebelum merdeka. |
| The Faculty of Music in Concert – UiTM (14 Ogos 2007) |
| Fakulti Musik, Universiti Teknologi Mara telah mengadakan konsert yang julung kali diadakan sempana menyambut ulangtahun pertama fakulti tersebut. Konsert ini telah diadakan pada 14 Ogos 2007 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia. |
|
| Teater Waktu Eksperimental Merdeka (6-8 Ogos 2007) |
|
Teater bertajuk Waktu Eksperimental Merdeka telah dipersembahkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia pada 6 hingga 8 Ogos 2007. Teater ini dipersembahkan oleh Revolution Stage dan diarah oleh Wan dan Fared. |
| Sidang Media International Fireworks Competition 2007 (5 Julai 2007) |
| Sidang Media Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2007 telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia dan dirasmikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansur, Menteri Pelancongan Malaysia. |
|
| Ekspo Kementerian Pengajian Tinggi 2007 |
|
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengadakan Ekspo Pengajian Tinggi (MOHEX’07) sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia. Ekspo ini diadakan pada 25 hingga 30 Ogos 2007. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 6 hari ekspo ini berlangsung seperti persembahan kebudayaan, deklamasi sajak kemerdekaan, ceramah kemerdekaan dan lain-lain. |
| Festival Teater Malaysia – Seni Tradisional (19 – 25 Ogos 2006) |
| Seni Tradisional diadakan di Amphitheatre setiap malam bermula jam 8.00 malam. Diantara Seni Tradisional yang di persembahkan ialah Boria, Cempuling, Makyong, Muzik Asli, Randai dan Ghazal |
|
| Festival Teater Malaysia – Monolog (20 - 25 Ogos 2006)
|
|
Sempena Festival Teater Malaysia 2006, monolog dipersembahkan di Mini Auditorium setiap malam bermula 8.00 malam. Diantara monolog yang di persembahkan ialah “Lembu” oleh Shahrul Mizad, “Pahit” oleh Gunaseelan a/l Ramalingam, “Kopi Pangku” oleh Mardiana Ismail, “Hamlet” oleh Ahmad Yatim, “Kehidupan dalam bentuk abstrak” oleh Soosan Hoh dan “Angin Mengambang” oleh Hamzah Tahir. |
| Festival Teater Malaysia (19 – 26 Ogos 2006) |
| Festival Teater Malaysia 2006 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Mini Auditorium dan Amphitheatre, MTC daripada 19 Ogos 2006 hingga 26 Ogos 2006. Pertandingan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, monolog di Mini Auditorium dan Seni Tradisional di Amphithertre, MTC. Persembahan dimulakan pada jam 8.30 malam. Majlis pelancaran telah diadakan pada 19 Ogos 2006 di Dewan Tunku Abdul Rahman. Festival Teater Malaysia ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KeKKWa). |
|
| Konsert Gitar Klasik Betajuk - “Guitar Alive” (13 Ogos 2006) |
|
Konsert Gitar Klasik bertajuk “Guitar Alive” telah diadakan di Amphiteater, MTC pada 13 Ogos 2006. Konsert ini bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 12.00 malam. Konsert ini adalah program Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia. |
| Majlis Pelancaran Program Kembara Ilmu Di Perantauan (22 Ogos 2006) |
| Majlis pelancaran Program Kembara Ilmu Di Perantauan Melaka – Kuala Lumpur – Selangor telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia pada 22 Ogos 2006. Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Martin telah mengambil bahagian dalam program ini. |
|
| Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang Tahun 2006 (13 Ogos 2006) |
|
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang Tahun 2006 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Mini Auditorium dan A.V Room pada 13 Ogos 2006. Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang. Perasmian telah dilakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. |
| Fiesta Jom Makan Durian (8 Ogos 2006) |
| Fiesta Jom Makan Durian telah diadakan di tempat letak kereta MTC pada 8 Ogos 2006. Fiesta ini bermula pada jam 5.00 petang dan dihadiri oleh kakitangan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan Kementerian Pelancongan Malaysia, Puan Patimah Zohro. Fiesta ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. |
|
| Persembahan Artis-Artis Tempatan Sempena Citrarasa Malaysia (15 Julai 2006) |
|
Pengunjung turut dihiburkan dengan artis-artis jemputan seperti Misha Omar, J Sham, Kumpulan Spider, A Halim, Adam & Farah AF2. Persembahan tersebut diadakan bermula 8.30 malam.
|
| Gerai-Gerai Pameran & Jualan Sempena Citrarasa Malaysia (14 – 16 Julai 2006) |
| Gerai coklat dari Lembaga Koko Malaysia juga mendapat perhatian pengunjung ke Citrarasa Malaysia 2006. Terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan dari koko yang menjadi kegemaran orang ramai. |
|
| Gerai-Gerai Pameran & Jualan Sempena Citrarasa Malaysia (14 – 16 Julai 2006 |
|
Hotel-hotel juga tidak ketinggalan memeriahkan Citrarasa Malaysia. Diantara hotel yang mengambil bahagian ialah Hotel Palace Of Golden Horses, Hotel Pearl Oriental, Hotel Ancafe, Hotel De Palma dan Hotel Quality. |
| Gerai-Gerai Pameran & Jualan Sempena Citrarasa Malaysia (14 – 16 Julai 2006) |
| Selain itu, gerai-gerai menjual buah-buahan seperti durian, manggis, salak dan lain-lain juga turut diadakan. |
|
| Gerai-Gerai Pameran & Jualan Sempena Citrarasa Malaysia (14 – 16 Julai 2006) |
|
Sebanyak 48 buah gerai telah mengambil bahagian dalam menjayakan Citrarasa Malaysia kali ini. Diantara gerai tersebut ialah Botak Char Koew Teow yang menyediakan masakan char koew teow goreng yang istimewa. |
| Majlis Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Records Sempena Citrarasa Malaysia (16 Julai 2006) |
| Y.Bhg Datuk Dr. Victor Wee, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan telah berbesar hati menyampaikan Sijil Malaysia Book Of Records untuk acara memasak popia basah tanpa henti selama 60 jam kepada Persatuan Chef Malaysia. |
|
| Acara Memasak Popia Basah Tanpa Henti Selama 60 Jam Sempena Citrarasa Malaysia (14 – 16 Julai 2006 |
|
Di antara acara yang menarik sempena Citrarasa Malaysia ialah acara memasak popia basah tanpa henti selama 60 jam untuk mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book Of Records’ oleh Persatuan Chef Malaysia. Popia tersebut diberikan kepada pengunjung yang datang secara percuma.
|
| Majlis Pelancaran Citrarasa Malaysia 2006 (15 Julai 2006) |
| Majlis Pelancaran Citrarasa Malaysia 2006 telah diadakan pada 15 Julai 2006, jam 8.30 malam bertempat di MTC, Jalan Ampang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan. |
|
| Selebriti Bersama Avon (6 Julai 2006) |
|
Selebriti bersama Avon Peringkat Akhir telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, (MTC) pada 6 Julai 2006 bermula pada jam 2.30 petang. Artis-artis yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan tersebut ialah Siti Nordiana, Lis Dawati, Zehra Zamri, Liza AF1, Edlin AF2, Zarina AF2, dan Raja Farah. Rancangan ini telah dihoskan oleh Nita (Malaysian Idol 2) dan Hani Mohsin. Dalam pertandingan ini Raja Farah mendapat tempat pertama, tempat kedua oleh Liza AF2 dan tempat ketiga dimenangi oleh Edlin AF2. |
| Charity Motor Treasure Hunt 2006 (24 Jun 2006) |
| Charity Motor Treasure Hunt 2006 telah diadakan di Amphiteater dan di sekitar tempat letak kereta MTC pada 24 Jun 2006. Treasure Hunt yang bermula pada pukul 5.00ptg dan berakhir pada jam 8.00malam ini telah dianjurkan oleh Yayasan Hepar Malaysia |
|
| Pertandingan Pidato Hasil 2006 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (22 Jun 2006) |
|
Pertandingan Pidato Hasil 2006 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah di adakan pada 22 Jun 2006 di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) . Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah di sekitar Wilayah Persekutuan telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. |
| Lawatan Delegasi Dari Negara China Bersama YB. Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia (14 Jun 2006) |
| Persembahan Kebudayaan telah diadakan di Saloma Theatre Restaurant bagi meraikan delegasi dari Negara China oleh YB. Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, YB. Dato’ Ir. Donald Lim Sing Chai pada 14 Jun 2006. Delegasi tersebut juga dibawa melawat sekitar MTC. |
|
| Revathi! A Flower Sutra (14 – 17 Jun 2006) |
|
Revathi! A Flower Sutra telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 14 – 17 Jun 2006. Persembahan ini telah dianjurkan oleh Sutra Dance Theater. Revathi! A Flower Sutra adalah di bawah arahan Ramli Ibrahim. |
| 10th Solo Classical Ballet Competition (9 - 11 Jun 2006)
|
| Pertandingan Ballet Klasik Solo ke 10 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 9 – 11 Jun 2006. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori. Kategori pertama terdiri daripada peserta-peserta berumur 18 hingga 23 tahun, kategori kedua, 15 hingga 17 tahun, manakala kategori ketiga, 11 hingga 14 tahun. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh The Dance Society Of Malaysia |
|
| Soprano Recital Park Hee Jin (4 Jun 2006)
|
|
Persembahan Soprano Recital Park Hee Jin telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 4 Jun 2006. Persembahan bermula pada jam 7.30 mlm berakhir pada 9.30 mlm. Persembahan ini telah di anjurkan oleh Classic Support Sdn Bhd dan Korean Society. |
| The Young Pianist Nocturn XIII (1 Jun 2006) |
| The Young Pianist Nocturn XIII telah diadakan di Mini Auditorium (MTC) pada 1 Januari 2006. Persembahan bermula pada jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 8.00 malam. Konsert Piano inii telah dianjurkan oleh Korean Society. |
|
| Perasmian Festival Filem Wesak Antarabangsa 2006 (20 Mei 2006) |
|
Perasmian Festival Filem Wesak Antarabangsa 2006 yang dianjurkan oleh Young Buddhist Association Of Malaysia (YBAM) telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 20 Mei 2006 |
| Miss Public Bank Beauty Pageant 2006 (19 Mei 2006)
|
| Miss Public Bank Beauty Pageant 2006 telah di adakan pada 18 dan 19 Mei 2006 di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC). Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Public Bank. Seramai 11 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini |
|
| 4 x 4 Flag Off Oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia (13 Mei 2006) |
|
Pada 13 Mei 2006 4 x 4 Flag Off telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia YB. Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai di Laman Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). |
| Study Mission of Tourism Officials From Supreme Commission for Tourism Kingdom of Saudi Arabia (29 Mei 2006)
|
| Pada 29 Mei 2006, seramai 10 orang pegawai pelancongan dari Saudi Arabia telah diberi taklimat mengenai pelancongan di Malaysia. Mereka juga telah dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur. |
|
| Persembahan Muzik – ‘Just Classical’ (7 Mei 2006) |
|
Persembahan Muzik – ‘Just Classical’ yang diadakan pada 7 Mei 2006 di Mini Auditorium, MTC telah dianjurkan oleh KLAP Theater Art Performers. |
| P.Ramlee The Musical Audition
(7 Mei 2006)
|
| P.Ramlee The Musical Audition telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) dari 6 hingga 7 Mei 2006. P.Ramlee The Musical Audition ini telah dianjurkan oleh International Malaysian Performing Arts Sdn Bhd. Persembahan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 5.00 ptg. |
|
| Persembahan Shylito Belly
(13 Mei 2006)
|
|
Persembahan Shylito Belly telah diadakan di Mini Auditorium (MTC) pada 13 Mei 2006. Persembahan bermula pada jam 6.00 ptg dan berakhir pada 10.00 mlm Shylito Belly dianjurkan oleh Shylito. |
| Persembahan Dikir Barat (6-7 Mei dan 13-14 Mei 2006) |
| Persembahan dikir barat telah diadakan pada 6,7,13 dan 14 Mei 2006 di Amphiteater(MTC). Persembahan tersebut di persembahkan oleh Kumpulan Dikir Barat D’Sara Kuala Lumpur. |
|
| Sidang Media- Pengumumkan Kumpulan Teater Terbaik Ke Festival Teater Malaysia 2006 (28 April 2006) |
|
Sidang media pengumuman kumpulan teater terbaik bagi di pertandingan di Festival Teater Malaysia 2006 telah diadakan pada 28 April 2006 bertempat di Mini Auditorium, MTC. Sidang media tersebut telah di rasmikan oleh Pn. Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa)
pada jam 4.00 petang.
|
| Tarian India Solo (16 April 2006) |
| Tarian India Solo telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada 16 April 2006. Persembahan ini telah dianjurkan oleh Temple Of Fine Arts. |
|
| Teater Muzikal – “Mulan-An Adaption ” (14 – 15 April 2006)
|
|
Pada 14 dan 15 April 2006, pelajar-pelajar Sekolah Sri Garden Sdn Bhd, Taman Maluri, Kuala Lumpur telah mempersembahkan Teater Muzikal bertajuk “Mulan-An Adaption”. Teater tersebut telah dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. |
| Persembahan Teater Muzikal -“Rags to Riches” (6 April 2006) |
| Persembahan Teater Muzikal bertajuk “Rags to Riches” telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman MTC pada 6 April 2006. Persembahan ini telah dianjurkan oleh Sayfol (The International School In The City). Persembahan bermula pada pukul 6.00 petang dan berakhir pada pukul 8.30 malam. |
|
| Pesta Pendidikan & Budaya Antarabangsa Indonesia Kedua 2006 (18 Mac 2006) |
|
Pesta Pendidikan & Budaya Antarabangsa Indonesia Kedua 2006 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada 18 Mac 2006 bermula pada jam 8.00 malam. Sempena dengan hari tersebut turut diadakan pameran dan jualan barang-barang dari Indonesia, seperti barang-barang kraftangan, baju batik, kain batik, beg dan lain-lain lagi. Pameran dan jualan barang-barang ini diadakan dihadapan Kaunter Pusat Penerangan Pelancongan MTC. |
| Persembahan Wayang Kulit - “Dewek” (3 - 8 Mac 2006) |
| Persembahan Wayang Kulit “Dewek” telah diadakan di Pentas Terbuka (Amphitheatre) Pusat Pelancongan Malaysia,MTC pada 3 Mac 2006 hingga 8 Mac 2006. Wayang Kulit ini telah dianjurkan oleh Akademi Seni Kebangsaan. Persembahan bermula pada pukul 8.30 malam setiap malam. |
|
| Majlis Lelongan Kereta Klasik (18 Mac 2006)
|
|
Majlis Lelongan Kereta Klasik telah diadakan di Taman MTC pada 18 Mac 2006. Majlis yang dianjurkan oleh Langkawi Auctioneer Sdn Bhd itu, bermula pada jam 10.00 pagi. |
| Latihan Silat Pelajar-Pelajar Dari Jepun (2 Mac 2006) |
| Latihan Silat oleh pelajar-pelajar dari Jepun telah diadakan di Amphithetre, MTC pada 2 Mac 2006 (Khamis). Latihan ini bermula pada jam 2.00 petang. |
|
| Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelancongan Malaysia (21 Februari 2006) |
|
Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelancongan telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia pada 21 Februari 2006 (Selasa). Bersempena dengan hari tersebut satu ceramah khas Program-Program Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia telah diadakan di Mini Auditorium bermula jam 9.00 pagi. |
| Pameran Setem (20 Februari 2006) |
| Pameran Setem telah diadakan di ruang legar Kaunter Penerangan Pelancongan MTC pada 20 Februari 2006. |
|
| Taklimat Bersama APINDO (13 Februari 2006) |
|
Pada 13 Februari 2006 (Isnin) jam 10.00 pagi Taklimat Bersama APINDO telah diadakan di Bilik Audio Visual, MTC. Taklimat ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi |
| Sesi Dialog Pelaksanaan Program Malaysia Rumah Keduaku Dengan Syarikat-Syarikat Penaja (7 Februari 2006) |
| Satu sesi dialog Pelaksanaan Program Malaysia Rumah Keduaku dengan Syarikat Penaja telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada 7 Februari 2006 (Selasa) bermula pukul 10.00 pagi. |
|
| Perjumpaan Keluarga Shell - warga asing (22 Januari 2006) |
|
Perjumpaan Keluarga Shell telah diadakan di Amphiteater, MTC pada 22 Januari 2006 (Ahad) bermula pada pukul 1.00 petang. Perjumpaan Keluarga Shell ini telah dianjurkan oleh Members Of Outlook KL Team, Shell Malaysia. |
| Gilead Science Discovery Hunt (16 Januari 2006) |
| Gilead Science Discovery Hunt telah diadakan di Amphiteater, MTC pada 16 Januari 2006 (Isnin) bermula jam 2.00 petang. Seramai 22 orang telah menyertai aktiviti tersebut. |
|
| Persembahan Tarian – “Scream - A Response to Munch” (5 – 7 Ogos 2005) |
|
Persembahan Tarian bertajuk “Scream – A Response To Munch” telah diadakan pada 5 – 7 Ogos 2005, jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC. Tarian ini telah dipersembahkan oleh Dua Space Dance Theatre dengan kerjasama MTC. |
| Taklimat dan Sidang Media Jalur Gemilang Big Rides Sempena Bulan Kemerdekaan ke 48 (10 Ogos 2005) |
| Satu taklimat dan sidang media Jalur Gemilang Big Rides Sempena Bulan Kemerdekaan ke 48 telah diadakan pada 10 Ogos 2005 di Mini Auditorium, MTC dan dirasmikan oleh oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Y.B. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi. |
|
| Persembahan Zainal Abidin dan Tan Sri SM Salim (30 Julai 2005) |
|
Zainal Abidin dan Tan Sri SM Salim telah berduet membuatkan persembahan pada malam perasmian Citrarasa Malaysia 2005. |
| Aktiviti-aktiviti Sempena Citrarasa Malaysia 2005 -
Pertandingan Goreng Maggi Lambung Oleh Selebriti (29 – 31 Julai 2005)
|
| Selain itu, pertandingan goreng Maggi Lambung oleh selebriti juga diadakan. Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Efa Rizan, Chef Ismail, Chef Mulok dan lain-lain. |
|
| Aktiviti-aktiviti Sempena Citrarasa Malaysia 2005 -
Pertandingan Makan Durian oleh Selebriti (29 – 31 Julai 2005
|
|
Pertandingan makan durian turut diadakan pada hari tersebut. Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Dahlan Zainudin, Kartina Ayub, Rizman, Efa Rizan, Bob Azrai, Chef Ismail dan Chef Mulok.
|
| Aktiviti-aktiviti Sempena Citrarasa Malaysia 2005 -
Raly Memasak Roti Jala Tanpa Henti selama 60 jam (29 – 31 Julai 2005
|
| Antara aktiviti yang menarik semasa Citrarasa Malaysia ialah raly memasak roti jala tanpa henti selama 60 jam. Acara ini dianjurkan oleh Chef Association of Malaysia bersama Food Institude of Malaysia (FIM). Dalam acara ini, mereka telah menyediakan bahan mentah untuk roti jala, kuah kari kentang, kuah durian dan menghidangkan kepada pengunjung-pengunjung tapak majlis Citrarasa dan mencipta rekod memasuki Malaysia Book of Record. |
|
| Aktiviti-aktiviti Sempena Citrarasa Malaysia 2005 -
Pertandingan mengukir Labu Manis (29 – 31 Julai 2005)
|
|
Antara acara yang menarik ialah pertandingan mengukir labu manis oleh pelajar-pelajar dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Petaling Jaya. |
| Citrarasa Malaysia Sempena Bulan Fiesta Makanan dan Buah-buahan 2005 (29 – 31 Julai 2005) |
| Citrarasa Malaysia 2005 telah diadakan di perkarangan MTC pada 29 hingga 31 Julai 2005, bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Majlis perasmian telah diadakan pada 30 Julai 2005, jam 8.00 malam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani bersama Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Y.B. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi dan YBhg. Datuk Hj. Ruslin Hj. Hasan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. |
|
| Bengkel Gasing Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2005 (8 & 9 Mei 2005) |
|
Bengkel Gasing Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2005 telah diadakan pada 8 & 9 Mei 2005 bertempat di Gelanggang Gasing, Pusat Pelancongan Malaysia. Bengkel tersebut merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelab Gasing Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
| Bengkel Teater Bangsawan – “Jula Juli Bintang Tujuh” (21 Mei 2005) |
| Bengkel Teater Bangsawan bertajuk “Jula Juli Bintang Tujuh” telah diadakan pada 21 Mei 2005 di Bilik Audio Visual. Bengkel tersebut adalah anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
|
|
| Taklimat Kepada Kakitangan Allianz Malaysia Insurance Sdn. Bhd. (17 Mei 2005) |
|
Satu taklimat kepada kakitangan Allianz Malaysia Insurance Sdn. Bhd. Telah diadakan pada 17 Mei 2005 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. |
| Flag-Off Satria GTI Gateway Kenyir – “Back To Nature” Oleh YB. Menteri Pelancongan (5 Mei 2005) |
| Majlis flag-off Satria GTI Gateway Kenyir – “Back To Nature” telah dilakukan oleh YB. Menteri Pelancongan, Datuk Leo Michael Toyad pada 5 Mei 2005, jam 8.00 pagi bertempat di laman MTC. |
|
| Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-4 Persatuan Hotel Budget Malaysia (27 April 2005) |
|
Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-4 Persatuan Hotel Budget Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Mulia Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang, Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia pada 27 April 2005, jam 10.00 pagi bertempat di Mini Auditorium, MTC. |
| Bengkel Mewarna Batik Untuk Kanak-kanak Tadika (28 April 2005) |
| Bengkel mewarna batik untuk kanak-kanak Tadika telah diadakan pada 28 April 2005 bertempat di Amphitheater MTC. Bengkel ini merupakan anjuran Uniqraft Works dan MTC. |
|
| Persembahan Tarian – “Inside Out” (29 April – 2 Mei 2005 |
|
Persembahan tarian bertajuk “Inside Out” telah dipersembahkan pada 29 April hingga 2 Mei 2005, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. Persembahan tarian ini merupakan anjuran Inner Space dan TOFA. |
| Persembahan Puisi – “Rebung Puisi” (13 – 16 April 2005) |
| Persembahan Puisi bertajuk Rebung Puisi telah diadakan pada 13 hingga 16 April 2005 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada jam 8.30 malam. |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun – Demonstrasi Mengukir Kayu (1 Mac 2005) |
|
Barangan kraftangan seperti beg tangan, barangan cenderahati dan lain-lain turut dipamerkan kepada pengunjung |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun – Demonstrasi Mengukir Kayu (1 Mac 2005) |
| Demonstrasi mengukir kayu juga diadakan |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Membuat Pasu Tembikar (1 Mac 2005) |
|
Demonstrasi membuat pasu dan barangan cenderahati dari seramik juga diadakan. Pelajar-pelajar tersebut juga berpeluang belajar membuat pasu seramik |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Mewarna Batik (1 Mac 2005) |
| Selain itu, pelajar-pelajar ini juga dapat menyaksikan demonstrasi batik yang diadakan dan mereka juga berpeluang belajar mewarna batik. |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Ketupat (1 Mac 2005) |
|
Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman. |
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Tikar (1 Mac 2005) |
| Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman |
|
| Aktiviti Peserta Homestay : Pelajar Sekolah Tinggi Dari Tokyo, Jepun - Anyaman Bakul (1 Mac 2005) |
|
Peserta homestay juga diberi tunjuk ajar cara-cara menganyam barangan kraftangan seperti bakul, tikar, ketupat, beg dan pelbagai barangan kraftangan yang lain. Mereka juga belajar cara-cara membuat anyaman. |
| Kunjungan oleh pelajar sekolah tinggi dari Tokyo, Jepun ke MTC (1 Mac 2005) |
| Pada 1 Mac 2005, seramai 250 orang pelajar sekolah tinggi dari Tokyo, Jepun yang dalam rangka lawatan sambil belajar ke Malaysia dan Singapura telah mengadakan kunjungan ke MTC. Mereka telah didedahkan dengan seni silat yang dikendalikan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. |
|
| Rumah Terbuka Pusat Pelancongan Malaysia (11 Disember 2004) |
|
Pusat Pelancongan Malaysia telah mengadakan rumah terbuka sempena menyambut hari Raya Aidilfitri pada 11 Disember 2004, bertempat di hadapan pintu masuk Pejabat Pusat Pelancongan Malaysia. Majlis tersebut telah bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Berbagai jenis makanan telah disediakan pada majlis tersebut, diantaranya ialah lemang, ketupat, nasi himpit, mee hoon goreng, roti jala dan berbagai kuih mueh. |
| Minggu Batik Malaysia (12 – 19 Disember 2004) |
| Minggu Batik Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 10 Disember 2004 di Pusat Pelancongan Malaysia. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Sempena program tersebut pameran batik telah diadakan di Pusat pelancongan Malaysia dari 12 hingga 19 Disember 2004. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah perarakan fesyen, demonstrasi kraf, bazar batik, Batik Fun Walk dan sebagainya.
|
|
| Program Pelancongan Pelajar (20 Oktober 2004) |
|
Program Pelancongan Pelajar telah dilancarkan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 20 Oktober 2004 bermula pada jam 10.00 pagi. Majlis Pelancaran telah dilakukan oleh Ybrs. Tuan Haji Kamarudin Siaraf, Pengarah Tourism Malaysia. Tujuan Program ini dijalankan ialah untuk menarik minat para pelajar menambah pengetahuan dalam bidang pelancongan di samping mengetahui dengan lebih jelas mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia. |
| Pertandingan Sketsa Petronas - “StreetSmart-Lessons For Life” (6 - 7 Oktober 2004) |
| Pertandingan Sketsa Petronas “StreetSmart-Lessons For Life” telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 6 dan 7 Oktober 2004. Pertandingan telah dianjurkan oleh Petrosains. Pertandingan diantara sekolah-sekolah telah diadakan pada 6 Oktober 2004 bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang manakala majlis penyampaian hadiah diadakan pada 7 Oktober 2004 dan berakhir pada pukul 1.00 petang. |
|
| Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Hari Kualiti Kementerian Pelancongan 2004 (9 Oktober 2004) |
|
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Hari Kualiti Kementerian Pelancongan 2004 telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 9 Oktober 2004 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah disampaikan oleh YB. Datuk Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad. Acara-acara sampingan yang diadakan pada hari tersebut ialah Tayangan Video dan Ceramah Hari kualiti, persembahan Nashid dan koir oleh Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia. Seramai 16 kakitangan dari Pusat Pelancongan telah menerima anugerah pada hari tersebut manakala dari Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia seramai 58 orang. Sebelum majlis bersurai sesi bergambar telah diadakan di Amphiteater diikuti oleh jamuan makan tengahari di Padang Letak Kereta Pusat Pelancongan Malaysia. Majlis ini telah dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia.
|
| Forum – Tourism Malaysia Photo Festival 2004 (2 – 3 Oktober 2004) |
| Pada 2 Oktober hingga 3 Oktober 2004 sempena Tourism Malaysia Photo Festival 2004 telah berlangsung Forum dan Aktiviti di Mini Auditorium dan Audio Visual Room. Festival ini telah dianjurkan oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia. Selain pameran foto, pelbagai aktiviti seperti Persembahan Budaya serta cabutan bertuah diadakan bagi memeriahkan lagi festival tersebut. |
|
| Pertandingan Melukis dan mewarna Sempena Festival Teater Malaysia 2004 (2 Oktober 2004) |
|
Sempena Festival Teater Malaysia (FTM) 22 Sept hingga 3 Oktober 2004, pada 2 Oktober 2004 Pertandingan Melukis dan Mewarna telah diadakan di Amphiteater, Pusat Pelancongan Malaysia. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta. Pertandingan bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada 6.00 petang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Bahagian Kebudayaan dan Kesenian dan Balai Seni Lukis Negara |
| Festival Teater Malaysia 2004 (25 September – 3 Oktober 2004) |
| Festival Teater Malaysia 2004 telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) bermula dari 25 September 2004 hingga 3 Oktober 2004. Monolog telah diadakan di Mini Auditorium bermula jam 8.00 pagi. Peserta-peserta yang mengambil bahagian ialah Song Ai Ling, Indi Nadarajah & Allen Perera, Betty Benafe, Jalil Hamid, Khaled Salleh, Jalaluddin Hassan, Ogy Ahmad Daud dan Ida Nerina. Sidang Ilmu telah diadakan di Bilik AV bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Fragmen Seni diadakan di Amphitheatre bermula jam 8.00 hingga 8.20 malam. Persembahan utama bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Auditorium Tunku Abdul Rahman. Dilema Puteri Li Po oleh Majlis Kebudayaan Tanah Merah, Kelantan, Marapaddium oleh Fenomena Kebudayaan Perlis, Stop oleh Ping Stage. Orang-Orang Pulau oleh Rusta, Sabah. Tinggi-Tinggi Si matahari oleh The Arts Stage Club, Selangor. Tat Nenas oleh Fuzzy Logic Entertainment Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Randai Siti Zubaidah oleh Pelajar Sekolah Menengah (P) Bandaraya. Tempat pertama telah di menangi oleh Tat Nanas, kedua Malam Jahanam dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Tinggi-Tinggi Si matahari. Festival Teater ini telah dianjurkan oleh kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia |
|
| Konsert Tahunan Tadika Sinar Indah (18 September 2004) |
|
Konsert Tahunan Tadika Sinar Indah telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC pada 18 September 2004. Kanak-kanak dari Tadika Sinar Indah tersebut telah mengadakan persembahan nyanyian, tarian dan juga lakonan. Guru-guru dari tadika berkenaan juga turut mempersembahkan tarian pada Konsert tersebut yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. |
| Malam Senandung Puisi Tradisional (8 September 2004) |
| Malam Senandung Puisi Tradisional telah diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC pada 8 September 2004 bermula jam 8.30 malam. Berbagai-bagai persembahan telah diadakan pada malam tersebut seperti Dondang Sayang, Berzanji, Pantun, Syair, Wayang Kulit, Gurindam, Selampit dan puisi. Turut menjayakan malam tersebut ialah Ahmad Tarmimi Serigar, Janet Khoo, Roslan Madun, Rohani B dan Sani Sudin. Penyanyi terkenal Zainal Abidin juga turut mempersembahkan nyanyiannya pada malam tersebut. Malam Senandung Puisi Tradisional ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia. |
|
| Pelancaran Tourism Malaysia Photo Fest 2004 (16 September 2004) |
|
Pelancaran Tourism Malaysia Photo Fest 2004 telah di adakan di Ruang Legar (MTC) pada 16 September 2004. Pelancaran telah dilakukan oleh pengarah Tourism Malaysia Datuk Haji Kamaruddin bin Siraj. Pameran telah diadakan di Depan Kaunter Pelancongan dan Foyer Level 1 sehingga 10 Oktober 2004. |
| Ceramah & Demonstrasi “Program Semarak Seni” : Taklimat Etika Pemakanan Pakaian Tradisional Melayu (8 September 2004) |
| Ceramah & Demonstrasi “Program Semarak Seni” iaitu Taklimat Etika Pemakaian Pakaian Tradisional Melayu telah diadakan di Mini Auditorium pada 8 September 2004 bermula pada pukul 9.00 pagi. Taklimat ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Galeri Citra Warisan. |
|
| Pertandingan Akhir Sayembara Puisi Merdeka (1 Ogos 2004) |
|
Pertandingan Akhir Sayembara Puisi Merdeka telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 1 Ogos 2004 jam 9.00 pagi. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Wilayah Persekutuan dan GAPENA. |
| Forum Penyair Sedunia 2004 (20 Ogos 2004) |
| Forum Penyair Sedunia – Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur bertemakan Puisi dan Kemanusiaan telah diadakan di Bilik Audio Visual, Pusat Pelancongan Malaysia pada 20 Ogos 2004 |
|
| Majlis Penyampaian Hadiah & Ucapan Terima Kasih Citrawarna Malaysia 2004 (3 Ogos 2004) |
|
Pada 3 Ogos 2004 jam 4.00 petang satu Majlis Penyampaian Hadiah & Ucapan Terima Kasih Citrawarna Malaysia telah berlangsung di Saloma Bistro. Pada majlis ini Menteri Pelancongan Malaysia Y.B Dato’ Dr. Leo Michael Toyad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah yang telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil sempena upacara pembukaan Bulan Citrawarna Malaysia 2004. Tempat pertama sebuah kereta Gen-2 telah dimenangi oleh En. Badrul Khuzaini Hashim, tempat kedua sebuah motosikal jaguh, dimenangi oleh En. Norazmi Abu Bakar, tempat ketiga dan keempat sebuah motosikal comel setiap seorang dimenangi oleh En. Zieus Zareus Mohamad dan En. Salim Mat Ali manakala tempat kelima dan keenam sebuah projektor TV setiap seorang dimenangi oleh En. Salim Mat Ali dan En. Muhamad Zulhelmi Yusuf. |
| Taklimat Pusat Pelancongan Malaysia Kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia (9 Julai 2004) |
| Satu majlis Taklimat Pusat pelancongan Malaysia kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, YBhg. Dato’ Victor Wee telah diadakan pada 09 Julai 2004, bertempat di Bilek Mesyuarat Utama Pusat Pelancongan Malaysia bermula pada jam 9.30 pagi. Taklimat tersebut telah di sampaikan oleh Pengurus Pusat Pelancongan Malaysia En. Mohamed Amin bin Yahya. Selepas taklimat YBhg. Dato’ Victor Wee telah di bawa melawat sekitar Pusat Pelancongan Malaysia dan beliau telah mencuba untuk mewarna lukisan batik. Akhir nya YBhg. Dato’ Victor Wee telah dibawa untuk menjamu selera di Saloma Restauran. |
|
| Majlis Sidang Akhbar Karnival Mega Sale Malaysia 2004 (8 Julai 2004) |
|
Majlis Sidang Akhbar Karnival Mega Sale Malaysia 2004 telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Leo Michael Toyad, Menteri Pelancongan Malaysia pada 8 Julai 2004 bertempat di Mini Auditorium, MTC. |
| Majlis Pra-Pelancaran TeaterTari Amal Kanak-kanak “Chini” (6 Julai 2004) |
| Majlis Pra-Pelancaran TeaterTari Amal Kanak-kanak bertajuk “Chini” anjuran Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Mufira Entertainment (M) Sdn. Bhd. telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2004 bertempat di Mini Auditorium, MTC dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan, MTC dan Star Rally Sdn. Bhd. |
|
| Citrarasa Malaysia 2004 (16 – 18 Julai 2004) |
|
Bulan Fiesta Makanan dan Buah-Buahan sempena Citrarasa Malaysia 2004 telah diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia pada 16 – 18 Julai 2004. Majlis Perasmian Citrarasa Malaysia 2004 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Sharif Omar Timbalan Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 17 Julai 2004 jam 8.00 malam. Berbagai-bagai jenis makanan seperti nasi beriyani, nasi ayam, mee sup, kueh baulu dan lain-lain telah dijual disini. Berbagai jenis buah-buahan yang segar seperti durian, rambutan, cempedak, manggis, belimbing, nenas, salak dan lain-lain turut dijual di sekitar Pusat pelancongan Malaysia pada hari tersebut. Para pengunjung juga telah dihiburkan oleh artis-artis jemputan diantaranya ialah Misha Omar, Iffa Raziah, Too Phat dan lain-lain pada malam Majlis Perasmian tersebut |
| Mutiara International Girls School Concert (15 Julai 2004) |
| Mutiara International Grammar School telah mempersembahkan konsert berjudul “The Sound of Music” pada 15 Julai 2004, bertempat di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman. Konsert ini telah diarahkan oleh Mr. Denis M. Doss dan penerbitnya ialah Mr. T. Balwant Singh. |
|
| Teater Kanak-Kanak Sungai Bonda (7 - 13 Jun 2004) |
|
Teater kanak-kanak Sungai Bonda telah di pentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC) dari 07 Jun 2004 hingga 13 Jun 2004. Sungai Bonda adalah hasil karya Ladin Nuawi dan juga arahan kelima beliau. Sungai Bonda telah dianjurkan oleh Pejabat Kebudayaan, Kesenian & Warisan Wilayah Persekutuan dan Anjung Seni Bingkas Kebayan. Teater ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai sepanjang cuti sekolah yang lalu. |
| Pertandingan Tarian Kontemporari Perancis ( 2 Jun 2004) |
| Pertandingan Tarian Kontemporari Perancis telah diadakan pada 2 Jun 2004 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Alliance Francaise |
|
| Dialog Menteri Penerangan Bersama Kakitangan Jabatan Penerangan Kuala Lumpur dan Sidang Akhbar (29 Jun 2004) |
|
Majlis perjumpaan YBhg Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir Menteri Penerangan Malaysia bersama angota-angota Kementerian Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sidang Akhbar telah diadakan di Mini Auditorium (MTC) pada 29 Jun 2004 |
| Wind Band In Concert (19 Jun 2004) |
| Seri Kembangan Regent Redok North telah mempersembahkan Wind Band In Concert di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 19 Jun 2004. |
|
| Pertandingan Mewarna Batik (12 Jun 2004) |
|
Pertandingan Mewarna Batik Sempena Bulan Citrawarna Malaysia 2004 telah di adakan di Amphiteater, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 12 Jun 2004. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu 6 hingga 8 tahun, 9 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun dan terbuka untuk pelancong luar negara. Pada hari tersebut juga turut diadakan persembahan pentas, nyanyian, muzik dan tarian. Selain daripada itu persembahan Dikir Barat, Demonstrasi Permainan gasing, Silap Mata & Badut, Demonstrasi Henna dan Demonstrasi Melukis. Acara telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. |
| Pertandingan Ballet Klasik Solo Ke 8 (30 & 31 Mei 2004) |
| Pertandingan Ballet Klasik Solo Ke 8 telah diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC pada 30 & 31 Mei 2004. Pertandingan tersebut merupakan anjuran The Dance Society of Malaysia |
|
| Teater Lorong Neraka (19 Mei – 26 Mei 2004) |
|
Teater Lorong Neraka telah dipersembahkan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 19 Mei hingga 26 Mei 2004. Teater ini telah di anjurkan oleh Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia. Lorong Neraka telah dijayakan oleh Sarah Shamira, Eric Fuzi, Rosnah Mat aris, Betty Benafe, Ahlias, Elly Suriati, Nnabila Huda, Ku Faridah dan lain-lain lagi. Lorong Neraka adalah hasil karya Erma Fatima dan diolah oleh Adlin Armin arahan bersama Elly Suriati dan Adlin Armin.
|
| Reception Citrawarna Mega Fam (21 Mei 2004) |
| Reception Citrawarna Mega Fam telah diadakan di Laman Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 21 Mei 2004. Berbagai acara juga diadakan pada malam tersebut seperti nyanyian dan persembahan |
|
| Majlis Sidang Akhbar Pelancaran Bulan Citrawarna Malaysia 2004 (13 Mei 2004) |
|
Majlis sidabg akhbar pelancaran Bulan Citrawarna Malaysia 2004 telah diadakan di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia pada 13 Mei 2004. Majlis pelancaran ini telah di sempurnakan oleh Y.B Datuk Dr. Leo Michael Toyad, Menteri Pelancongan Malaysia. |
| Persembahan Teater - “Nurnilamsari” (8 – 11 April 2004) |
| Teater berjudul “Nurnilamsari” telah di persembahkan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 8 – 11 April 2004. Pada 8 – 10 April 2004 persembahan dimulakan pada pukul 8.30 malam dan pada 11 April pula dimulakan pada pukul 3.30 petang. Teater Nurnilamsari ini adalah hasil karya Ismail Kasan dan diarahkan oleh Azmi Zainun (Amizai). Teater ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKN) dan Majlis Teater Negeri Selangor (MTS). “Nurnilamsari” telah dipersembahkan oleh Angkatan Anak Seni Warisan (ASWA). |
|
| Persembahan Tarian “Barathanathiyam” (13 Mac 2004) |
|
Persembahan Tarian “Barathanathiyam” telah diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 13 Mac 2003. Persembahan Tarian ini telah bermula pada pukul 7.00 malam. |
| Persembahan Bangsawan “Puteri Patmawati” (4 - 6 Mac 2004) |
| Persembahan Bangsawan “Puteri Patmawati” telah diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 4 hingga 6 Mac 2004 bermula pada pukul 8.30 malam. Bangsawan ini adalah hasil karya dan arahan Rahman B telah dianjurkan oleh Akademi Seni Kebangsaan |
|
| Penilaian Tahun Akhir 2004 (PeTA) (22 – 31 Mac 2004) |
|
Penilaian Tahun Akhir 2004 Akedemi Seni Kebangsaan (PeTA) telah di adakan pada 21 – 31 Mac 2004 di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC). Penilaian ini terbahagi kepada tiga kategori. Pada 22 Mac 2004 Program Tari, 23 – 25 Mac 2004 Program Muzik dan 28 – 29 Mac program Teater |
| Puisi Solo Khalid Salleh (28 - 29 Februari 2004) |
| Puisi solo Khalid Salleh telah diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 28 - 29 Februari 2004 jam 8.30 malam. Acara ini dinamakan Persembahan Nafas Teaterikal Pengucapan Puisi Khalid Salleh anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Teater Sanggar Karya Kuala Lumpur (PTSKL). Bacaan puisi ini dibuat secara terus menerus tanpa henti selama 90 minit |
|
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Gerai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sarawak (21 & 22 Februari 2004) |
|
Gerai Majlis Tindakan Negeri Sarawak telah menjual pakej pelancongan domestik dengan harga yang istimewa. Gerai ini turut mendapat sambutan dari para pengunjung. |
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Gerai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (21 & 22 Februari 2004) |
| Baju-baju batik buatan Trengganu untuk lelaki dan wanita dijual dengan harga yang istimewa dari Gerai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu. |
|
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Gerai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (21 & 22 Februari 2004) |
|
Pelbagai jenis barangan boleh didapati di Gerai Majlis Tindakan Negeri Kelantan seperti kain batik, telekong, serunding daging dan berbagai barangan kraf tangan. |
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Gerai Kompleks Kraf Malaysia (21 & 22 Februari 2004) |
| Berbagai-bagai barangan Kraf Malaysia terdapat di Gerai Kompleks Kraf Malaysia semasa Karnival Riang-Ria Cuti-cuti Malaysia. |
|
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Pasu Seramik (21 & 22 Februari 2004) |
|
Pameran dan jualan pasu seramik juga turut di adakan sempena Karnival Riang – Ria Cuti-Cuti Malaysia. |
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia – Barangan Kraftangan (21 & 22 Februari 2004) |
| Demonstrasi Barangan Kraftangan juga turut diadakan sempena Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia, (MTC). Demonstrasi Kraftangan ini telah di anjurkan oleh Perbadanan Kraf Malaysia bermula dari jam 11.00 pagi.
|
|
| Karnival Riang Ria Cuti-Cuti Malaysia - Batik (21 & 22 Februari 2004) |
|
Aktiviti melukis batik oleh Majlis Tindakan Pelancong Negeri Terengganu. Para pengunjung dan pelancong yang berminat diberi peluang untuk mencuba melukis batik pada hari tersebut. |
| ‘A Piano Recital’ – Jovianney Emmanuel Cruz (7 Februari 2004) |
| Jabatan Pendidikan Muzik, Fakulti Pendidikan UiTM dengan kerjasama dari Kedutaan Filipina telah mempersembahkan ‘A Piano Recital’ - Jovianney Emmanuel Cruz pada 7 Februari 2004 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC. |
|
| Persembahan Teater Kasanova (23 – 27 Februari 2004) |
|
Persembahan Teater Kasanova telah diadakan di Dewan Auditorium Tuanku Abdul Rahman (MTC) dari 23 – 27 Februari 2004 bermula jam 8.30 malam. Teater Kasanova ini telah dipersembahkan oleh Kelab Kilat Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan. Teater karya dan arahan Kalam Hamidi ini telah dilakonkan oleh Khatijah Tan, Ibrahim Akir, Zakaria Yusof dan pelakon-pelakon Teater Kelab Kilat Kuala Lumpur. |
| Sidang Akhbar Puisi Solo Khalid Salleh (19 Februari 2004) |
| Majlis Sidang Akhbar Puisi Solo Khalid Salleh telah diadakan pada 19 Februari 2004 bertempat di Audio Visual Room, (MTC). |
|
| Sidang Akhbar Karnival Mega Sale Malaysia Mac 2004 (19 Februari 2004) |
|
Majlis Sidang Akhbar Karnival Mega Sale Malaysia Mac 2004 telah diadakan di Mini Auditorium (MTC) pada 19 Februari 2004. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Paduka Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada pukul 10.00 pagi.
|
| Majlis Pelancaran Kempen Cuti-Cuti Malaysia 2004/05 (17 Februari 2004) |
| Majlis pelancaran kempen Cuti-cuti Malaysia 2004/05 telah dirsamikan oleh Y.B. Dato’ Paduka Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 17 Februari 2004 bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini telah diadakan di Dewan Auditorium Tuanku Abdul Rahman (MTC). |
|
| Sidang Akhbar untuk Teater Kasanova (12 Februari 2004) |
|
Sidang akhbar untuk teater Kasanova yang dipersembahkan oleh Kelab Kilat TNB telah diadakan di Bilik Audio Visual, MTC bermula jam 4.00 petang. |
| Malam Kebudayaan Lebanon (18 Januari 2004) |
| Persembahan Kesenian dari Bangladesh telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC pada 18 Januari 2004 bermula jam 8.30 malam |
|
| Persembahan Teater – “Dejavu” (24-26, 28 & 29 Januari 2004) |
|
Persembahan teater bertajuk Dejavu telah dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC pada 24-26, 28 & 29 Januari 2004 bermula jam 8.30 malam. Teater ini merupakan karya Ismail Kassan dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan. Antara pelakon yang menjayakan teater ini ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (AMN), Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Melissa Saila, Mubarak Majid, Shukor Yon, Sahronizam Noor, Yussak Kassan dan lain-lain lagi. Teater ini merupakan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. |
| Anugerah Teater 2003 (31 Januari 2004) |
| Anugerah Teater 2003 telah diadakan pada 31 Januari 2004 jam 7.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. |
|
| Majlis Taklimat Pelajar UiTM (16 Januari 2004) |
|
Taklimat ini telah disampaikan oleh Tn. Syed Yahya Syed Othman dari International Promotions Division di Mini Auditorium, MTC pada 16 Januari 2004, jam 3.00 petang kepada pelajar-pelajar dari Universiti teknologi MARA (UiTM). |
| Majlis Tandatangan/Signing Ceremony (15 Januari 2004) |
| Majlis tandatangan ini adalah di antara IFCA Solutions Sdn. Bhd. (anak syarikat IFCA MSC Berhad) dan Khanh Hoa Trading and Investment Company (TIC) dan disaksikan oleh YB. Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancogan Malaysia pada 15 Januari 2004 bertempat di Mini Auditorium, MTC. |
|
| Majlis Penutup Kursus Pemandu Pelancong Sementara Bagi Tahun Baru Cina 2004 (13 Januari 2004) |
|
Majlis Penutup Kursus Pemandu Pelancong Sementara Bagi Tahun Baru Cina 2004 telah diadakan pada 13 Januari 2004 di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dengan anjuran bersama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, TRAVEX, GLOBAL, MMCE dan SENTRAL. |
| Festival Teater Malaysia 2003 (31 Julai – 10 Ogos 2003) |
| Festival Teater Malaysia 2003 telah diadakan pada 31 Julai 2003 hingga 10 Ogos 2003 bertempat di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC bermula jam 8.00 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Y.B. Dato’ Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 31 Julai 2003. Sebanyak 10 kumpulan teater dari seluruh negeri telah mengambil bahagian dalam persembahan ini. Kumpulan Teater Angkatan Budaya Balik Pulau (ABAD), Pulau Pinang yang mempersembahkan teater bertajuk “Misi” karya Faisal Tehrani muncul sebagai juara. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Teater Mekar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mementaskan “Dewan Persidangan” karya Taufek Al- Hakim dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB) dengan persembahan teater “Kebayan” karya Tatay Sontani. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 10 Ogos 2003 jam 8.30 malam. |
|
| Pertandingan Pementasan Babak Hikayat Hang Tuah (12 Julai 2003) |
|
Bersempena dengan Karnival Bulan Membaca 1 Julai hingga 31 Julai 2003, satu Pertandingan Pementasan Babak Hikayat Hang Tuah telah diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman (MTC) pada 12 Julai 2003. Acara ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Di antara kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian ialah Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa Kumpulan 1, Institut Bahasa Melayu Malaysia, Universiti Putra Malaysia (Pentas), Universiti Putra Malaysia (Group Teater), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa Kumpulan 2 dan Maktab Perguruan Teknik. Upacara ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mahadzir Mohd Khir, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hadiah pertandingan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zawiyah Baba, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara. |
| Persembahan Orkestra Klasik India (27 Julai 2003) |
| Persembahan Orkestra Klasik India telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman MTC pada 27 Julai 2003 jam 7.30 malam. Persembahan ini telah dianjurkan oleh Temple of Fine Arts. |
|
| Citrarasa Malaysia Sempena Pesta Makanan & Buah-buahan 2003 (18 - 20 Julai 2003) |
|
Citrarasa Malaysia sempena Pesta Makanan dan Buah-buahan telah diadakan di sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia MTC iaitu di Parking MTC, Premix & Parking Berjaya Berhad, pada 18 Julai hingga 20 Julai 2003. Majlis pelancaran rasmi Citrarasa Malaysia 2003 telah diadakan pada 18 Julai 2003, jam 8.00 malam dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Affendi Nawawi, Menteri Pertanian Malaysia. Diantara acara-acara yang diadakan ialah bakar satay tanpa henti selama 52 jam, makan satay percuma serta berbagai-bagai pertandingan juga telah diadakan, seperti pertandingan makan aiskrim, masak mee maggi, mengira nenas, menggubah buah-buahan dan sayuran, pertandingan makan buah tembikai, pertandingan teh tarik dan lain-lain. Selain itu, ukiran landskap Putrajaya terbesar dari coklat telah tersenarai dalam ‘The Malaysia Book of Records’. Ukiran ini telah dipamerkan untuk tontonan awam di kaunter penerangan pelancongan di Pusat Pelancongan Malaysia. |
| Apresiasi Tari Sempena Festival Tari Wilayah Persekutuan (9 Julai 2003) |
| Apresiasi Tari sempena Festival Tari Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 9 Julai 2003 di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia MTC pada pukul 2.00 petang. Ia merupakan anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan. |
|
| On Stage – “Menjengah Idealisme M. Nasir” (25 Julai 2003) |
|
On Stage “Menjengah Idealisme M. Nasir” adalah satu persembahan dan ceramah oleh M. Nasir telah diadakan pada 25 Julai 2003 jam 5.00 petang di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman MTC. Dalam Segmen Pertama, persembahan diadakan oleh M. Nasir diiringi oleh kumpulan ASIKA yang terdiri daripada graduan dan pelajar Akademi Seni kebangsaan (ASK). Diantara lagu-lagu yang dipersembahkan ialah ‘Raikan Cinta’ oleh Noor Hazril Sidek, ‘Dah Lagu Tu’ oleh Md Eyzendy Aziz dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh M. Nasir sendiri ialah ‘Ada’, ‘Kepada Mu Kekasih’ dan ‘Rajawali’. Pada Segmen Kedua pula, sesi ceramah mengenai penulisan lagu dan lirik ‘Kesan dan Pengaruhnya’ telah disampaikan oleh M. Nasir. |
| Guitar Camp (13 Julai 2003) |
| Guitar Camp telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2003 di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). Pada 12 Julai 2003, Guitar Camp ini diadakan di Amphitheater bermula 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Manakala pada 13 Julai 2003, ia diadakan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman bermula jam 2.00 petang. Guitar Camp ini adalah anjuran Akademi Seni Kebangsaan (ASK). |
|
| Bicara Filem IV (12 Julai 2003) |
|
Bicara Filem ke IV telah diadakan pada 12 Julai 2003, bertempat di Bilik Audio Visual, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini merupakan anjuran Akademi Seni Kebangsaan (ASK). |
| Majlis Sidang Akhbar – Pandu Misteri BERNAMA/Tourism Malaysia 2003 (8 Julai 2003) |
| Majlis Sidang Akhbar – Pandu Misteri BERNAMA/Tourism Malaysia 2003 telah diadakan di bilik Audio Visual, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 8 Julai 2003 pada pukul 2.00 petang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, Y.B Dato’ Paduka Abdul Kadir bin Hj Sheikh Fadzir. |
|
| Majlis Sidang Akhbar Teater “Warung” (2 Julai 2003) |
|
Majlis Sidang Akhbar Teater “Warung” telah diadakan di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 2 Julai 2003 jam 3.00 petang. Tetamu jemputan, para wartawan serta media-massa telah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Y. Bhg Puan Sermaini binti Pien, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor mewakili YB. Datin Paduka Hajjah Norkhaila Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor. Pada majlis sidang akhbar ini, para tetamu dipersembahkan dengan sedutan lakonan Teater “Warung” serta memperkenalkan para pelakon “Warung”. Sesi bergambar juga telah diadakan. |
| On Stage “Drum Clinic” (27 Jun 2003) |
| Satu persembahan On Stage yang berjudul “Drum Clinic” telah diadakan di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) pada 27 Jun 2003 pada pukul 4.30 petang. Persembahan dan ceramah disampaikan oleh En. Zahid Ahmad. Persembahan ini adalah anjuran Akademi Seni Kebangsaan. |
|
| Croatia In Poster Theatre Exhibition (17 - 30 Jun 2003) |
|
Kedutaan Besar Republik Croatia di Malaysia telah mengadakan satu pameran “Croatia In Poster Exhibition” yang bertajuk “Contemporary Croation Graphic Art Exhibition” yang bermula pada 17 - 30 Jun 2003 bertempat di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Paduka Abdul Kadir Haji Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 17 Jun 2003 pada jam 11.00 pagi. |
| |